fb fb fb fb fb

Tingkatkan hasil tani, MyKPA jadi panduan tadbir urus amalan pengurusan

MELAKA, 28 September- Indeks Penandaarasan Kebangsaan Kumpulan Pengguna Air (MyKPA) dibangunkan Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian.

Ia yang dibahagi kepada 503 kumpulan pengguna air seluruh negara dibuat bertujuan meningkatkan produktiviti pertanian.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Hamzah, ia juga merupakan permulaan kepada para petani meningkatkan produktiviti pengeluaran selaras dengan amalan pengurusan terbaik serta kemudahan sistem pengairan melalui skim terlibat.


(Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Hamzah)

Menerusi pengendalian berkesan, tahap produktiviti dan hasil tani dapat dipertingkat. Pihaknya menetapkan sekurang-kurangnya 10 tahun untuk perancangan MyKPA.

"Supaya mereka lebih didedahkan pengurusan air dengan yang cara yang terbaik, kerana air menjadi salah satu sumber yang paling penting sekali dalam apa jua jenis tanaman, jadi kalau dia tahu untuk menguruskan air bukan sahaja semasa hendak kan air itu masuk dalam kawasan pertanian bahkan semasa kita hendak melepaskan air, kita juga bukan sahaja pengairan bahkan kita nak saliran sekali makna selepas kita menggunakan air itu kita kena lepaskan air itu cara yang tersusun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kebangsaan Kumpulan Pengguna Air (KPA) 2022 di Bukit Katil.

Konvensyen dengan tema “Petani Hero Makanan Negara’’ itu berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Empat kertas kerja akan dibentangkan sepanjang konvensyen berkenaan yang dihadiri seramai 180 peserta.

Media Baharu