fb fb fb fb fb

Tindakan kolektif semua pihak perlu bagi hadapi ancaman keselamatan siber - Gobind

Menteri Digital, Gobind Singh / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 26 November - Ancaman keselamatan siber yang semakin kompleks dan sentiasa berkembang memerlukan tindakan kolektif daripada pelbagai pihak.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo menegaskan, kerjasama erat antara kerajaan dengan industri merupakan kunci utama dalam menangani ancaman ini dengan lebih efektif dan menyeluruh.

"Agensi kerajaan seperti CyberSecurity Malaysia membawa kepakaran teknikal yang sangat penting.

Mereka menyediakan perkhidmatan yang dapat memastikan platform digital, infrastruktur dan aplikasi kita selaras dengan piawaian global sambil memenuhi keperluan tempatan," katanya pada Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Cybersecurity Malaysia & MyORI Services.

Kerjasama ini dijangka akan membawa perubahan positif kepada pelbagai sektor ekonomi dan pentadbiran bagi pelabelan produk yang standard dan selamat.

Platform MyORI SmartSecure bawah kerjasama ini turut akan diperkenalkan kepada kementerian dan agensi kerajaan untuk memaksimumkan nilai serta manfaat keselamatan yang diberikan.

Trainee2