fb fb fb fb fb

Timbalan Menteri Luar lawatan kerja ke UK

PUTRAJAYA, 8 Mei - Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar akan mengadakan lawatan kerja ke United Kingdom (UK) dari 8 hingga 11 Mei.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, antara fokus utama semasa lawatan itu nanti untuk berbincang dan bertukar pandangan berkenaan kaedah terbaik bagi memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Komanwel yang dijadual bertemu penyandang Setiausaha Agung Pertubuhan Komanwel.

Timbalan Menteri juga dijadual menyambut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa persinggahan beliau di London pada 10 Mei, dan seterusnya mengiringi Perdana Menteri ke pameran “Tenun Pahang: Menenun Harapan” di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, London. 

(Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar/FOTO BERNAMA)

Ini juga bersempena Minggu Kraf London yang diadakan dari 9 hingga 15 Mei 2022.

Kamarudin juga akan mengiringi Perdana Menteri menghadiri sambutan hari raya bersama Keluarga Malaysia di London.


Media Baharu