fb fb fb fb fb

Timbalan Menteri KKD mulakan lawatan kerja rasmi ke Sarawak

KUCHING, 2 Mei- Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching tiba di Kuching hari ini untuk lawatan kerja rasmi dua hari ke Sarawak.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 8.15 malam disambut oleh Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Sarawak, Adiman Ajem, Timbalan Pengarah Penyiaran Negeri Sarawak, Norjihan Yahya dan beberapa ketua agensi bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Esok Teo dijadual mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg di Wisma Bapa Malaysia, Kuching diikuti kunjugan hormat terhadap Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi di Menara Pelita The Isthmus Jalan Bako.

Beliau juga akan mengadakan lawatan ke Pusat Data dan Stesen Pendaratan Kabel Dasar Laut di Jalan Sultan Tengah Kampung Buntal.

Pada sebelah petang, Teo dijangka bertolak ke Sibu bagi meneruskan lawatan kerja ke beberapa agensi bawah KKD pada Khamis.

(Timbalan Menteri KKD mulakan lawatan kerja rasmi ke Sarawak)

Media Baharu