fb fb fb fb fb

Kematian di Kluang bukan disebabkan strok haba

(Mangsa mengalami demam panas sehari sebelum dan mempunyai gejala batuk selama tiga hari)

JOHOR BAHRU, 2 Mei- Kematian seorang murid berusia 12 tahun di Kluang, Johor semalam bukan berpunca daripada strok haba.

Exco Kesihatan dan Perpaduan, Ling Tian Soon berkata kanak-kanak malang itu dimasukkan ke wad selepas mengalami sawan.

Mangsa mengalami demam panas sehari sebelum dan mempunyai gejala batuk selama tiga hari.

Punca kematian disebabkan 'septic shock secondary to mening-o-encephalitis' dan tiada kaitan dengan strok haba.

Sehubungan itu, orang ramai disaran supaya tidak membuat sebarang spekulasi.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan, pihaknya telah membuat hebahan awam di semua institusi pendidikan negeri Johor agar berwaspada dengan keadaan cuaca semasa.

Pemantauan akan dibuat bersama Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi, Norlizah Noh di sekolah pada setiap masa.

(Ling Tian Soon berkata, kanak-kanak malang itu dimasukkan ke wad selepas mengalami
sawan)

Media Baharu