fb fb fb fb fb

Tiga pemandu trak ATM maut dirempuh lori

FOTO BOMBA

GURUN, 2 Februari- Tiga pemandu trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  maut dalam kemalangan jalan raya selepas dirempuh sebuah lori di Kilometer 7.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara di Gurun, Kedah, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku ketika ketiga-tiga anggota tentera terbabit memberhentikan trak masing-masing di laluan kecemasan selepas salah sebuah trak mengalami kerosakan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kira-kira pukul 10.22 pagi.

Seramai 16 anggota dari BBP Guar Chempedak dan BBP Pendang digerakkan ke tempat kemalangan.

0202 TIGA PEMANDU TRAK ATM MAUT 4
FOTO BOMBA

Setibanya di lokasi, bomba mendapati empat buah kenderaan terlibat dalam kemalangan iaitu tiga trak tentera seberat lima tan dan sebuah lori.

Tiga tentera berusia lingkungan 30 hingga 40-an kemudian disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM), manakala pemandu lori cedera parah.

Mohd Fauzi berkata, bomba berjaya mengeluarkan lelaki, 31, dari kenderaan dalam keadaan cedera di kepala dan patah anggota badan.

Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk menerima rawatan lanjut.

0202 TIGA PEMANDU TRAK ATM MAUT 3
FOTO BOMBA

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian.

Kes berkenaan disiasat seksyen 41 (1) Akta Pengakutan Jalan APJ 1987.

Difahamkan, lori tersebut dalam perjalanan untuk menghantar parcel dari Kulim ke Alor Setar, manakala trak ATM terbabit dari Kem 3 RS Pengkalan Hulu, Gerik, Perak ke Kem 30 Briged, Perlis.

Kemalangan itu dilapor berpunca daripada lori parcel yang melanggar belakang sebuah trak ATM di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.

Akibat rempuhan menyebabkan lori berpusing ke kiri dan melanggar belakang sebuah lagi trak ATM yang berada di kedudukan tengah.

Trak ATM terbabit kemudian menggelongsor ke hadapan sebelum terlanggar sebuah lagi trak ATM di kedudukan paling hadapan.

0202 TIGA PEMANDU TRAK ATM MAUT 2
FOTO BOMBA

 

SITI AISHAH BINTI MD ISA