fb fb fb fb fb

Tiga langkah mudah pastikan tidak menjadi mangsa penipuan perbankan

KUALA LUMPUR, 30 Oktober - Awas, Fikir dan Sekat, tiga langkah mudah diperkenalkan kepada awam bagi memastikan mereka kekal selamat dan tidak menjadi mangsa penipuan perbankan.

Langkah itu, sebahagian usaha industri perbankan tempatan yang dilancarkan sempena Kempen Kesedaran Scam Kebangsaan yang bermula November ini.

Menerusi #Jangan Kena Scam, tiga langkah itu turut memberi peringatan kepada pelanggan agar berwaspada apabila menerima sebarang panggilan, mesej atau e-mel daripada pihak yang tidak dikenali.

(Datuk Marzunisham Omar)

"Apabila kewangan digital semakin meluas, dan apabila ancaman baharu muncul, usaha untuk mendidik orang ramai mesti dikekalkan dengan baik pada masa hadapan. Kita tidak boleh berpuas hati.

"Saya ingin mengulangi bahawa usaha memerangi penipuan kewangan adalah satu usaha yang diperjuangkan dan pelbagai bidang. Kita hanya lebih kuat jika kita bekerjasama dan memainkan peranan kita untuk menjaga keselamatan dan integriti sistem kewangan negara kita," kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Marzunisham Omar di sini.

Bank Negara Malaysia juga akan terus memastikan saluran perbankan serta pembayaran kekal selamat dan terkawal.

Berikutan taktik penjenayah yang sentiasa berubah, BNM memperkenalkan nasihat keselamatan baharu dan langkah keselamatan tambahan dari semasa ke semasa.

Media Baharu