fb fb fb fb fb

Tidak benar polis periksa 'dashcam' boleh ditahan

Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR, 11 Disember- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai kuasa yang membenarkan pihak itu untuk memeriksa video rakaman kamera papan pemuka atau 'dashcam' milik kenderaan peribadi mana-mana pengguna.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, tindakan berkenaan selaras dengan Seksyen 21 Akta Polis 1967.

Sehubungan itu, individu yang gagal memberikan kerjasama boleh ditahan dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

"(Seiring) perkembangan semasa dan teknologi yang semakin canggih, PDRM menjalankan siasatan ikut perubahan arus perdana.

"Ia termasuk menggunakan rakaman video yang dirakam peranti-peranti yang dipasang pada kenderaan seperti 'dahscam'.

"Rakaman 'dahscam' sesebuah kenderaan sebenarnya membantu PDRM dan ia dijadikan sebagai keterangan untuk dikemukakan dalam mahkamah, selaras peruntukan Akta Keterangan 1950," katanya di Dewan Negara hari ini.

Shamsul menjawab pertanyaan Senator Seruandi Saad mengenai penggunaan 'dashcam' bagi membantu siasatan kes kemalangan jalan raya.

SITI AISHAH BINTI MD ISA