fb fb fb fb fb

Tiada perbincangan mengenai pembubaran DUN Sabah - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

KOTA KINABALU, 11 Mei- Sebarang pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tidak dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman hari ini.

Beliau berkata keputusan mengenai pembubaran DUN Sabah terletak sepenuhnya kepada Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

"Perbincangan tertumpu kepada isu-isu berkaitan pembangunan Sabah dan usaha mengukuhkan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan," katanya.

Beliau bekata demikian kepada pemberita semasa kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini pagi tadi.

Perdana Menteri turut menyentuh pelbagai perkara penting berkaitan dengan pembangunan negeri dan kebajikan rakyat Sabah dibincangkan.

"Perbincangan itu meliputi semua bidang termasuk mengenai minyak. Pandangan kerajaan negeri turut diambil kira dan beberapa usul yang dikemukakan akan dipertingkatkan," katanya lagi.

Terdahulu beliau tiba bersama delegasi pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan disambut barisan kepimpinan tertinggi Negeri Sabah kira-kira pukul 11.00 pagi.

Turut hadir menyambut ketibaan Perdana Menteri ialah Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun yang mewakili Hajiji Noor.

Lawatan itu merupakan kunjungan hormat pertama Anwar ke atas Musa sejak pelantikannya sebagai Yang Dipertua Negeri.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI