
KANGAR, 11 Mac- Tiada peningkatan penjualan petrol RON97 dan diesel direkodkan di Perlis, termasuk kepada warganegara asing khususnya dari Thailand.
- KPDN negeri terus memantau bagi mengelakkan ketirisan minyak bersubsidi ke kawasan sempadan.
- Tumpuan pemeriksaan diberikan kepada stesen minyak terutama berhampiran sempadan.
- Tindakan dipertingkat susulan khabar angin kenaikan harga minyak di Thailand dan kebimbangan penyeludupan.
- Tinjauan SHMMP mendapati bekalan keperluan mencukupi; peniaga memaparkan label merah jambu dan menggunakan penimbang yang sah.
Bagaimanapun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri terus melakukan pemantauan bagi memastikan tiada ketirisan minyak bersubsidi ke kawasan sempadan.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Negeri Perlis, Mohd Asri Mat Hassan berkata, tumpuan diberi kepada penjualan di stesen minyak terutama berhampiran sempadan.
Langkah itu diambil susulan khabar angin mengenai kemungkinan kenaikan harga minyak di Thailand.
Situasi itu menimbulkan kebimbangan Perlis dijadikan lokasi penyeludup mendapatkan bekalan bahan api.
“Pemeriksaan dan pemantauan akan dipertingkatkan mengikut keadaan semasa bagi.
Langkah itu bertujuan memastikan petrol dan diesel bersubsidi tidak disalah guna atau diseludup hingga menyebabkan ketirisan kepada kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena sesi walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa di sini.
Sementar itu, tinjauan pada program berkenaan mendapati, bekalan barangan keperluan di Perlis mencukupi dan terkawal.
Peniaga turut mematuhi peraturan skim kawalan harga termasuk memaparkan label harga merah jambu dan menggunakan penimbang yang sah.