fb fb fb fb fb

Tiada lagi pembekuan pengambilan pekerja asing, Jumaat ini

KUALA LUMPUR, 16 Ogos- Tiada lagi pembekuan permohonan bagi pengambilan pekerja warga asing bermula Jumaat ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Menurutnya walaupun telah diputuskan untuk dihentikan sementara sebelum ini, keputusan baharu itu dibuat selepas mengambil kira permintaan pihak industri.

“Yang pertama, kita bersetuju agar semua permohonan yang diterima berhubung pengambilan 400,000 pekerja asing sebelum ini diteruskan sebelum hujung bulan. Kedua, walaupun sebelum ini kita mengumumkan akan menangguhkan atau pun menghentikan permohonan tetapi kita dapat putuskan terus menerima dan proses permohonan baru mulai Jumaat ini", katanya kepada media selepas Sesi Perjumpaan Persatuan Perniagaan di Wisma HRD Corp di ibu negara.


(Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan)

Tambahnya, satu jawatankuasa khas membabitkan 15 ahli daripada industri dan lima wakil Kementerian Sumber Manusia ditubuhkan bagi membincangkan dan memahami isu berkaitan pekerja asing.

“Jawatankuasa ini akan mengadakan perbincangan segera apabila perlu, sebab kita perlu membantu mereka (industri) untuk pulihkan ekonomi.

Berkenaan penanguhan pelaksanaan pindaan Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 kepada 45 jam oleh pihak industri, beliau berkata ia perlu dibincangkan bersama Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Kabinet.

Media Baharu