fb fb fb fb fb

Tiada kesesakan luar biasa, jangkaan pertambahan kenderaan menjelang tengah malam- PLUS

 (Pusat Kawalan Trafik Persada PLUS)

PETALING JAYA, 8 Mei-Aliran trafik di lebuh raya utama dalam keadaan terkawal dan kesesakan hanya berlaku di beberapa kawasan di utara, selatan dan timur menuju ke Lembah Klang setakat tengah hari ini.

Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS Malaysia Bhd (PLUS), Mohd Yusuf Aziz berkata, jumlah kenderaan ini dijangka akan terus meningkat sehingga ke lewat malam susulan warga kota yang sudah mula kembali ke tempat masing-masing selepas bercuti sempena sambutan Aidilfitiri.

Beliau berkata, aliran trafik dari utara dan selatan ke Lembah Klang berada dalam keadaan terkawal dan kesesakan dilaporkan berlaku di kawasan 'hot spot' Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Ipoh Selatan ke Simpang Pulai, kawasan mendaki di Gua Tempurung ke Tapah, Bidor ke Sungkai dan Sungai Buaya ke Rawang.

Katanya, bagi laluan dari selatan, kesesakan berlaku di Simpang Ampat ke Pedas Linggi dan Kawasan Rehat dan Rawat Seremban ke Port Dickson.


(Peningkatan kenderaan dijangka menjelang tengah malam/FOTO BERNAMA)

Dalam pada itu 1.89 juta kenderaan menggunakan lebuh raya kendalian PLUS semalam dan pihak PLUS juga menganggarkan jumlah dijangka mencecah angka 2 juta kenderaan mengikut trend harian sejak 29 April hingga semalam.

"Patuhi jadual cadangan perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh pihak PLUS untuk mengelakkan pertembungan trafik sehingga menyebabkan kesesakan luar biasa di setiap pintu masuk terutama ke arah ibu negara," katanya.

Laporan wartawan Berita RTM, Fabian William di Pusat Kawalan Trafik Persada PLUS.

Media Baharu