fb fb fb fb fb

Tiada kes tahap 4,5 kluster pendidikan, bukti keberkesanan vaksin - Khairy

KUALA LUMPUR, 3 Februari - Tiada satu pun kes daripada kluster pendidikan dikategorikan dalam tahap 4 atau 5.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata ia sekali gus membuktikan kejayaan program vaksinasi di negara ini.

"Sifar kes dalam kategori ini membuktikan vaksinasi berkesan dan membolehkan sekolah terus dibuka," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-kanak (PICKids) di Hospital Tunku Azizah, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy memaklumkan bagi tempoh 1 Januari hingga semalam hanya 14 buah sekolah ditutup susulan penularan wabak COVID-19.

"Walaupun ada kluster tetapi kita mengambil pendekatan penilaian risiko, kita tidak terus tutup dan akan pastikan bahawa terdapat penilaian risiko terlebih dahulu.

"Sekiranya kita dapat mengasingkan mereka yang positif dengan tidak positif, maka sekolah boleh diteruskan. Penutupan sekolah itu adalah pilihan terakhir," jelasnya.

Tambah beliau, kluster pendidikan paling banyak adalah sekolah asrama di peringkat sekolah menengah iaitu 108 kluster.

Manakala sekolah menengah harian (12), sekolah rendah harian (13), pra-sekolah (10) dan kolej berasrama (19) kluster.

Media Baharu