fb fb fb fb fb

PRN Johor : SOP berbeza - Khairy

KUALA LUMPUR, 3 Februari - Prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Undangan Negeri Johor, akan sedikit berbeza dengan PRN Melaka dan Sarawak.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata SOP tersebut mengambil kira penularan varian Omicron yang sedang melanda negara serta kadar kebolehjangkitannya yang tinggi.

Menurutnya, SOP PRN Melaka dan Sarawak berkesan mengawal penularan jangkitan.

"Prosedur Operasi Standard (SOP), PRN Johor hampir selesai dan akan dibentangkan kepada pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebelum dimaklumkan kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), SOP yang muktamad. Kita lihat SOP PRN Melaka berjaya, SOP Sarawak juga berjaya, tidak ada peningkatan kes.

"Manakala, SOP PRN Johor berbeza sedikit kerana ia datang sekali dengan varian Omicron", katanya.

Tambah beliau lagi, Kementerian Kesihatan menjangkakan penularan varian Omicron akan meningkatkan bilangan kes positif.

KKM juga akan sentiasa memantau data penting iaitu rekod kemasukan ke hospital dan kadar kematian.

Beliau berkata demikian semasa sidang media pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) di Hospital Tunku Azizah, di sini hari ini.

Media Baharu