KUCHING, 24 Jun-Sarawak tidak bercadang menaikkan tarif elektrik berikutan kemampuan negeri itu menjana elektrik daripada pelbagai sumber boleh diperbaharui seperti empangan hidroelektrik.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata peningkatan tarif elektrik dilihat hanya akan memberi kesan kepada ekonomi dan pelabur di negeri berkenaan.
"Tarif elektrik di Sarawak tidak tinggi.
"Walaupun banyak pihak mahu menaikkan tarif elektrik. Kita masih kekal pada harga yang sama", katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia PKMM Sarawak Kali ke-24 di sini malam tadi
(Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg)