fb fb fb fb fb

Pulau Pinang terima hampir RM 215 juta

(FOTO RTM)

BUKIT MERTAJAM, 24 Jun-Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini memperuntukkan hampir RM215 juta kepada Pulau Pinang menerusi 'Program Sentuhan Kasih KPKT' demi kesejahteraan rakyat negeri itu.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, peruntukan tersebut membuktikan komitmen kerajaan MADANI bagi memastikan agar tiada negeri dianaktirikan dan dinafikan daripada mendapat limpahan pembangunan.

"Hari ini KPKT meluluskan RM4.02 juta kepada warga Kampung Baru. Oleh hal demikian,jumlah keseluruhan yang disalurkan kerajaan melalui Program Sentuhan Kasih kepada Pulau Pinang sebanyak RM 215 juta merupakan rekod tertinggi dalam sejarah.

"Ini menunjukkan komited kerajaan MADANI berdiri teguh bersama kerajaan negeri dan kesejahteraan rakyat adalah keutamaan kerajaan", katanya kepada pemberita selepas hadir ke Kampung Baru Berapit di sini.

Beliau turut berkata kerajaan Pulau Pinang akan mencalonkan Kampung Baru Bukit Berapit dan enam buah lagi kampung bagi menerima pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.


(Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming)

 

Media Baharu