fb fb fb fb fb

Tiada dokumen sah, cubaan seludup burung kakak tua gagal

JOHOR BAHRU, 21 Jun- Jabatan Perhilitan Johor mematahkan cubaan menyeludup masuk 11 ekor burung kakak tua, dari Singapura di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, pukul 7.30 malam, 31 Mei lalu,

Rampasan dilakukan selepas maklumat diterima oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkenaan seorang lelaki warga Singapura yang membawa burung berkenaan dalam keretanya.

Suspek cuba menyeludup empat ekor Burung Ara, tiga ekor Blue and Gold Macaw, seekor Yellow Headed Amazon dan tiga ekor Scarlet Macaw.

Semakan mendapati suspek tidak memiliki sebarang dokumen sah memiliki burung eksotik tersebut.

Turut disita dan dilucut hak, 10 kotak kayu, sebuah sangkar, telefon bimbit dan peralatan membela burung.

Sementara itu, suspek juga didenda RM80,000 dan dipenjara tujuh hari oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, 7 Jun lalu selepas mengaku bersalah atas kesalahan itu.

Kes berjalan mengikut Seksyen 60 (1) (A) dan Seksyen 68 (1) (A) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022.


(Kesemua barang rampasan disita dan dilucut hak)

Media Baharu