fb fb fb fb fb

TH sentiasa pantau kesihatan jemaah

KUALA LUMPUR, 3 Jun- Tabung Haji (TH) sentiasa memantau kesihatan para jemaah yang berada di tanah suci bagi memastikan jemaah dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, ketika ini kes kemasukan jemaah ke hospital akibat radang paru-paru hanya melibatkan jumlah kecil.

"Saya rasa dalam 0.2 peratus setakat ini di hospital Madinah. Jumlah ini sangat sedikit tidak membimbangkan tetapi dalam masa yang sama saya menasihatkan kepada orang ramai mengambil vaksin Influenza, saya nasihatkan mereka ambil vaksin ini sebelum pergi", katanya.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar)

Beliau ditemui media di Ibu negara mengulas kes tular mengenai jemaah haji berada di pusat rawatan disebabkan pneumonia.

Dalam pada itu, menjawab mengenai trend toreh tangan yang dikatakan berlaku dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti tular baru-baru ini.

Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, perkara tersebut bukan sahaja memudaratkan diri malah terkeluar dari landasan islam.

"Apa sahaja perbuatan yang memudaratkan bukan cara sebagai orang Islam. Saya mengajak khususnya anak-anak muda supaya jangan memudaratkan diri. Ada cara bagiamana untuk menghilangkan tekanan sama ada solat atau berzikir", katanya.

Media Baharu