(Foto Fahmi Fadzil)
GEORGE TOWN, 3 Jun- Sebanyak 38 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bakal dibina di Pulau Pinang.
Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata pembinaan PEDi merupakan ikhtiar Kerajaan Perpaduan dalam membantu rakyat menoktahkan kemiskinan dengan meningkatkan ekonomi digital.
Ia membantu peniaga kecil dengan pengetahuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan e-dagang.
"Sekarang terdapat 911 PEDi di seluruh negara.
"Bermula sekarang sehingga tahun hadapan kita akan bina lagi 186 PEDi di seluruh negara.
"PEDi memainkan peranan penting membantu komuniti setempat terlibat dan memahami ekonomi digital untuk mereka maju daripada segi ekonomi," katanya kepada pemberita di sini.
Katanya, ia memerlukan kerjasama semua pihak untuk menguar-uarkan mengenai kewujudan PEDi ini.
(Foto Fahmi Fadzil)