fb fb fb fb fb

Aidiladha, 912 tiket tren khas ke Pantai Timur - KTMB

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 3 Jun- Sebanyak 912 tiket bagi perjalanan Kuala Lumpur-Pantai Timur ditawarkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sempena Aidiladha ini.

Menurut KTMB, ia membabitkan perkhidmatan Tren Khas Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA).

"Tiket mula dijual hari ini.

"Perjalanan bagi laluan KL Sentral ke Tumpat akan bermula 27 Jun dengan masa berlepas pada pukul 3.20 petang.

"Manakala pada 1 Julai, membabitkan perjalanan Tumpat-Kuala Lumpur, dengan masa berlepas pada pukul 6.00 petang.

"Jika sambutan menggalakkan, KTMB sedia menambah dua lagi perkhidmatan tren dari KL Sentral ke Tumpat dan sebaliknya," katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, inisiatif bertujuan menyokong kerajaan dalam menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Ia juga dapat mengatasi isu kesesakan jalan raya ketika musim perayaan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu