KUALA LUMPUR, 3 Jun- Perancis mengiktiraf kedaulatan penuh Malaysia membabitkan sempadannya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Kenyataan itu dibuat semasa pertemuan dua hala Menteri Luar Perancis, Catherine Colonna dengan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa lawatan kerjanya ke Paris pada khamis lalu.
Kementerian Perancis dalam satu kenyataan turut memaklumkan pertemuan di antara kedua menteri itu menggariskan asas kukuh hubungan Perancis dan Malaysia berkait kekananan dan kualiti industri pertahanan.
Kedua-dua menteri turut memutuskan untuk mengadakan semula ruang Indo-Pasifik yang bebas dan inklusif merangkumi Laut China Selatan, di mana undang-undang antarabangsa dihormati oleh semua.
(Pertemuan dua hala antara Menteri Luar Perancis, Catherine Colonna
dengan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir)
Perancis telah melancarkan strategi Indo-Pasifik pada 2018 serta melibatkan diri dengan negara rantau Asia Tenggara dan Pasifik bagi membantu mengekalkan kawasan berasaskan multilateralisme.
Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan penangguhan yang diberi kepada Malaysia terhadap penguatkuasaan ‘final award’ kepada kumpulan yang mendakwa waris Sultan Sulu terhadap Sabah pada Mac lalu.
Kedua-dua menteri turut menyuarakan kebimbangan mereka berkenaan situasi politik dan kemanusiaan di Myanmar berikutan rampasan kuasa serta komitmen junta untuk kembali kepada demokrasi dan kedaulatan undang-undang di negara itu.