fb fb fb fb fb

KKR kenal pasti 38 projek sakit di seluruh negara

(Foto BERNAMA)

MACHANG, 3 Jun- Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengenal pasti sebanyak 38 projek sakit daripada 717 projek di bawah seliaannya di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata projek berkenaan sedang dalam pembinaan di seluruh negara namun terhenti seketika kerana masalah dihadapi.

Katanya, terdapat pelbagai kategori projek sakit termasuklah 'Central Spine Road' (CSR)

"Antara faktor kelewatan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi projek yang bermula 2019, kekurangan tenaga buruh ketika pandemik COVID-19 serta isu lot tanah yang perlu dipindah milik.

"Kontraktor dinasihatkan agar meneruskan kerja pembinaan bagi mengelakkan daripada pembayaran denda akibat kelewatan pembinaan melebihi 20 peratus," katanya selepas Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan Mata Ayer yang dirasmikan Menteri Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Zaliha Mustafa.

Dalam perkembangan sama Abdul Rahman berkata, sehingga kini terdapat 72 projek di bawah KKM sedang dalam pembinaan dan dilaksanakan mengikut jadual.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu