KUALA LUMPUR, 6 April - Orang ramai diminta terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan ketika berada di Bazar Ramadan.
Ingatan tersebut disuarakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Peniaga serta pengunjung diingatkan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan, selain turut mengharapkan para peniaga dan pengunjung berjual beli dalam keadaan lebih teratur dan selesa.
"Tentang SOP, saya lihat yang paling penting perlu memakai pelitup muka, dan dan saya lihat semua memakai pakai pelitup muka, itu yang penting dan yang lain-lain seperti mana yang telah disebut dalam SOP" katanya.
Menerusi tinjauan yang dibuat di Bazar Ramadan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru, beliau berpuas hati dengan pematuhan SOP di Bazar Ramadan.
(Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim)
Beliau turut mengingatkan pematuhan tersebut perlu dikekalkan dalam usaha membendung COVID-19.
Sebanyak 200 keping kupon pembelian bernilai RM10 turut di edarkan kepada pengunjung.
Tinjauan tersebut turut disertai Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin.