fb fb fb fb fb

Teroka penggunaan kaedah berteraskan teknologi dan inovasi

BUKIT KAYU HITAM, 25 April - Kementerian Dalam negeri (KDN) sedang meneroka penggunaan kaedah berteraskan teknologi dan inovasi termasuk penggunaan dron serta kecerdasan buatan dalam penugasan pihak berkuasa terutama di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia bagi meningkatkan lagi kawalan jenayah rentas sempadan melibatkan penyeludupan dadah, ketum, pendatang asing tanpa izin (PATI) dan penyeludupan manusia

Katanya, dalam aspek kawalan keselamatan sempadan gabungan pelbagai inisiatif bukan sahaja dron, malah perlu menambah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), pagar sempadan di lokasi strategik dan kehadiran fizikal anggota keselamatan.

"Aspek kawalan sempadan ia harus berupa gabungan pelbagai inisiatif dia ada fizikal 'only present',dia kena ada struktur sedia sekarang dalam bentuk pagar sekarang kemudian CCTV dalam 'proint' srategik jadi kedepan nanti kita kata bahawa munasabah untuk kita teroka inovasi seumpama kawalan sempadan yang berasaskan dron, objektif besar dia apa dia keselamatan negara mesti terkawal dan terjamin," kata Saifuddin di sini.

(Saifuddin bercakap dalam isidang media selepas mengadakan lawatan ke
Markas Taktikal MARTAK Pasukan Gerakan Am PGA di Bukit Kayu Hitam, Kedah)

Mengenai pembinaan pagar sempadan yang baharu, beliau  mengakui berhadapan kekangan untuk melaksanakan pembinaan pagar di sempadan Malaysia-Thailand berikutan jaraknya terlalu panjang dan kos penyelenggaraan pagar sedia ada sangat tinggi , kerana meliputi jajaran kawasan yang sangat luas.

Hadir sama Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Hazani Ghazali dan Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad.

Media Baharu