fb fb fb fb fb

Terengganu terbuka jalin kerjasama dengan Persekutuan, demi kelangsungan rakyat

Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 9 Mei- Kerajaan negeri Terengganu sentiasa terbuka dan menerima kunjungan daripada kerajaan pusat, meski berlainan pandangan politik.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perkara tersebut adalah ke arah matlamat serta tujuan bersama dalan membantu rakyat, selaras dengan semangat federalisme.

"Di pihak negeri Terengganu, komitmen kita adalah sangat jelas dan penuh dengan iltizam bahawa pintu rumah negeri kami sentiasa terbuka dalam memastikan hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat."

"Pintu rumah yang terbuka ini juga adalah gambaran keyakinan kami bahawa hubungan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri seharusnya sentiasa positif, lebih baik seperti peribahasa Melayu, menyebut "Tak ada kusut yang tak selesai, tak ada keruh yang tak jernih," kata Dr. Ahmad Samsuri ketika berucap pada majlis sambutan sempena Aidilfitri Madani peringkat Negeri Terengganu di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Kuala Nerus.

Lebih 20,000 penduduk seluruh negeri hadir memeriahkan Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 di mana Terengganu lokasi terakhir selepas diadakan di enam buah negeri lain termasuk Johor, Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Sabah.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM