fb fb fb fb fb

Terengganu berdepan kedudukan fiskal mencabar untuk bangunkan projek baharu - MB

KUALA TERENGGANU, 25 Julai- Sejumlah RM472.78 juta beban hutang kerajaan Terengganu berjaya dikurangkan dari tempoh 2019 hingga Jun lalu.

Kesemua bayaran tersebut dijelaskan secara berperingkat menerusi potongan wang tunai petroleum dalam tempoh dua tahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata baki pinjaman dengan kerajaan persekutuan yang masih belum dijelaskan adalah RM267.09 juta.

Paling tinggi ialah projek Rancangan Bekalan Air iaitu RM226.7 juta. Ia diikuti perumahan awam kos rendah dan projek pembangunan bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, PMINT.

"Tanggungjwab bagi negeri setiap tahun ada jumlah yang perlu dibayar, jadi kerajaan negeri tidak menyasarkan bila untuk diselesaikan ianya perlu diselesaikan dalam masa terdekat," kata Dr Ahmad Samsuri.

Beliau memberitahu pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri, DUN Terengganu di Kuala Terengganu.

Dr. Ahmad Samsuri turut mengakui Terengganu berdepan kedudukan fiskal yang mencabar untuk membangunkan projek baharu.

Namun, masih berupaya menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dengan mengatur keutamaan dalam berbelanja dan berbelanja secara berhemah.

 


(Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar)

Media Baharu