fb fb fb fb fb

Tengku Permaisuri Selangor berkenan rasmi seragam baharu MAG

Tengku Permaisuri Hajah Norashikin

SEPANG, 10 Januari- Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan merasmikan pakaian seragam baharu bagi kakitangan barisan hadapan Malaysia Aviation Group (MAG), hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail.

Tengku Permaisuri menzahirkan ucapan tahniah kepada pihak MAG atas pembaharuan pakaian seragam dan menerapkan identiti tradisional rakyat Malaysia iaitu elemen songket.

"Saya juga berbesar hati apabila memberitahu pakaian seragam yang baharu ini telah direka oleh pasukan dalaman dan saya memuji usaha kolektif ini yang mencerminkan dedikasi kakitangan Malaysia Aviation Group.

"Pakaian seragam bukan sekadar hanya sehelai pakaian, ia melambangkan profesionalisme, komitmen dan kebanggaan individu yang memakainya," titah baginda ketika berucap di sini.

Baginda turut bertitah, pakaian kakitangan perkhidmatan AeroDarat (ADS) itu juga melambangkan komitmen terhadap profesionalisme dan kesaksamaan.

1001 PERMAISURI SELANGOR MAG 2

Seragam baharu barisan hadapan MAG

SITI AISHAH BINTI MD ISA