KOTA BHARU, 26 Julai - Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan berangkat mencemar duli merasmikan Festival Keris dan Warisan Kelantan yang diadakan di Istana Balai Besar, Kota Bharu.
Pada istiadat itu juga Keris Tok Chu yang dianggarkan berusia lebih 200 tahun dan sampir Kuseriwa turut dimasyhurkan sebagai warisan asli Kelantan
Festival Keris dan Warisan Kelantan berlangsung sejak 13 Julai lepas dan akan berakhir Rabu depan.
Sebanyak 300 keris dipamerkan antaranya keris kusriwa, keris tajong, keris pandai saras, keris malela, keris Bugis, keris beko dan keris Pattani.
Turut di pamerkan tiga keris koleksi peribadi Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra iaitu keris sepokal berwifik, keris tajong bertatah emas dan keris panjang.
Penganjuran pameran merupakan inisiatif terbaik dalam usaha memperkenalkan keunikan seni warisan turun-temurun negeri Kelantan yang masih dipelihara terutamanya oleh Institusi Kesultanan Kelantan.