fb fb fb fb fb

Tengku Hassanal berkenan meriahkan Festival Warisan dan Pelancongan Melaka-Pahang

Tengku Hassanal (tengah) diapit Tun Mohd Ali Rustam (kanan) dan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

BANDA HILIR, 2 November- Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Festival Warisan dan Pelancongan Melaka-Pahang yang berlangsung di Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka, Banda Hilir. 
 
Keberangkatan tiba Tengku Hassanal pada pukul 8.45 malam turut diiringi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Ab Rahman.
 
Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
 
Baginda bersama tetamu yang hadir dihidangkan dengan menu santapan diraja selain persembahan kebudayaan kedua-dua negeri. 
 
Dalam ucapan Datuk Seri Wan Rosdy, beliau berkata, ia merupakan satu program yang amat bermakna, di mana ia secara langsung memberi peluang kepada kedua-dua negeri untuk menyatukan warisan budaya yang melibatkan kesenian, tarian tradisional, muzik dan juga makanan.
 
Sementara itu, Datuk Seri Ab Rauf dalam ucapannya berkata, festival berkenaan merupakan program lintasan budaya antara kedua-dua negeri yang diadakan bersempena dengan Program Menjunjung Kasih Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
 
Ia merupakan penghargaan rakyat Melaka terhadap Seri Paduka yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Januari 2024.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE