Tengku Hasanal berkenan ziarah waris lima sekeluarga kes bunuh

Foto FB Kesultanan Pahang

KUANTAN, 20 Februari – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan berangkat menziarahi waris kepada lima sekeluarga yang maut dalam kejadian di Taman Cerating Damai.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal berkenan menziarahi waris lima sekeluarga maut di Taman Cerating Damai.
  • Tengku Hassanal menyantuni waris dan mengurniakan sumbangan bagi meringankan beban keluarga.
  • Jenazah lima sekeluarga dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Budaya Cerating, beberapa mayat dalam dua liang lahad.

Kesultanan Pahang dalam hantaran di Facebook memaklumkan Tengku Hassanal turut berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada waris keluarga berkenaan.

Turut hadir mengiring ialah Pegawai Daerah Kuantan Datuk Sharudin Jali dan Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah.

Rabu lalu, jenazah lima sekeluarga yang terlibat dalam insiden pembunuhan di kawasan perumahan Cerating Damai selamat dikebumikan dalam dua liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Budaya Cerating di sini pada 7.20 malam.

Tuan Kamaria Tuan Puteh, 56, dikebumikan bersama menantunya, Nurul Asshiykin Kamarulzaman, 33, serta dua cucu iaitu Nur Sumayyah Humairah, 2, dan Nur Saffiyah Humairah, 5, dalam satu liang lahad.

Jenazah anak lelaki Tuan Kamaria yang berusia 32 tahun, dikebumikan secara berasingan beberapa meter dari kubur berkenaan dalam kawasan tanah perkuburan yang sama.