fb fb fb fb fb

TBC: Aliran trafik menuju Alor Setar dijangka meningkat

SUNGAI PETANI, 19 Januari - Polis Kedah menjangkakan aliran trafik menuju Alor Setar meningkat bermula esok.

Justeru pemantauan di lokasi strategik dipertingkat pihak berkuasa bagi mengelak kesesakan luar biasa.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir memaklumkan tiga lokasi dikenal pasti sering berlaku kesesakan dan kemalangan antara yang dipantau.

Kawasan terlibat ialah Jalan Putra Alor Setar- Kangar, Jalan Alor Setar-Kuala Kedah dan Lebuhraya Sultanah Bahiyah.

"Kita memang menjangkakan dengan insiatif yang diberi kerajaan tol percuma dan cuti hujung minggu panjang khusus negeri bercuti pada hari Ahad masuk ke bandaraya Alor Setar ini banyak kenderaan bergerak masuk ke bandar Alor Setar," kata  di sini.

(Ahmad Shukri ditemui pemberita ketika kempen keselamatan jalan raya sempena
Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Alor Setar Utara, di sini)

 

Media Baharu