fb fb fb fb fb

Tarikh pendaftaran, kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah dibuka sehingga 31 Mac

KUALA LUMPUR, 1 Mac - Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibuka mulai 1 Mac hingga 31 Mac 2023.

Ia bertujuan memastikan mereka yang layak atau tiada di dalam pangkalan data dapat mengemukakan permohonan masing-masing.

Menerusi kenyataan, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata STR 2023 memanfaatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukkan RM8 bilion.


(Foto hiasan)

Bagi mengurangkan keciciran, data penerima STR Fasa 1 akan dibawa secara automatik ke pangkalan data.

Data daripada beberapa agensi kerajaan berkaitan juga akan dibawa untuk disilang semak kelayakan STR.

Pemohon STR boleh mendapatkan maklumat lanjut di pautan bantuantunai.hasil.gov.my.

Media Baharu