fb fb fb fb fb

Tarikh konsert artis luar negara pada 20 Julai dipinda

Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 1 Julai - Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) meminda tarikh penganjuran konsert melibatkan Artis Luar Negara (ALN) pada 20 Julai ini bagi menghormati Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.

JK-PUSPAL dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihak menerima lima permohonan penganjuran konsert ALN pada 20 Julai yang bertindih dengan istiadat itu.

“Berdasarkan Garis Panduan PUSPAL (GPP) perkara 16.1(f) menyatakan mengenai Tempoh Larangan Mengadakan Persembahan Konsert Artis Luar Negara dan Persembahan Luar Negara Berskala Besar, penganjur tidak dibenarkan mengadakan konsert dan persembahan ALN berskala besar pada hari-hari lain yang diputuskan tidak sesuai oleh kerajaan atau kerajaan negeri mengikut mana-mana yang berkenaan.

“Sehubungan itu, pihak penganjur dinasihat tidak mengadakan konsert ALN pada tarikh 20 Julai selain perlu meminda tarikh penganjuran konsert dan mengadakannya pada tarikh baharu yang bersesuaian seperti ditetapkan dalam GPP,” menurut JK PUSPAL.

Untuk maklumat lanjut, JK-PUSPAL boleh dihubungi melalui talian 03-89115355/5384 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Pada 16 Mei lalu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengumumkan Istiadat Pertabalan itu akan berlangsung pada 20 Julai di Istana Negara.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI