fb fb fb fb fb

Tarikh Hari Raya: Tunggu pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

(Foto hiasan)

PUTRAJAYA, 7 April- Penentuan tarikh sebenar Hari Raya Aidilfitri adalah di bawah bidang kuasa pihak Penyimpan Mohor Besar Raja Raja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai'm Mokhtar menasihatkan umat Islam agar bersabar dan menunggu pengumuman pihak yang berautoriti dalam menentukan tarikh tersebut.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Datuk Dr Mohd Nai'm Mokhtar)

Bagaimanapun katanya, pihak kerajaan mengambil maklum tentang keresahan umat Islam tentang perkara tersebut dan seboleh-bolehnya akan mengelakkan situasi terkejut yang berlaku pada tahun lalu daripada berulang.

"Seperti mana yang disebut kuasa itu di bawah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, jadi kita perlu tunggulah kita akan bincangkan di peringkat Jawatankuasa Fatwa dan sebagainya.

"Cuma seboleh-bolehnya kita hendak mengelakkan apa yang berlaku pada tahun lepas itu tidak berulang supaya tidak terkejut.

"Yang itu hasrat kita semua, saya tidak mahu mendahului sesiapa dan kita serah kepada Penyimpan Mohor Besar untuk menentukan", katanya kepada media ketika mengulas ramalan beberapa ahli astronomi luar negara tentang kemungkinan tarikh 1 Syawal pada tahun ini jatuh sehari lebih awal berbanding yang dijadualkan.

Media Baharu