fb fb fb fb fb

Tapak Pelupusan Sanitari Jeram, loji terbesar sisa tenaga di Malaysia

(FOTO BERNAMA)

KUALA SELANGOR, 17 Oktober- Tapak Pelupusan Sanitari Jeram bakal menjadi projek loji terbesar sisa kepada tenaga, WTE di negara ini.

Dijangka beroperasi pada 2026, pusat seluas 12 hektar itu mampu memproses 3,000 tan metrik sisa pepejal setiap hari serta menjana tenaga sehingga 52 megawatt.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, projek pembangunan loji WTE ini dijangka siap menjelang akhir tahun 2025, mampu mengurangkan sehingga 80% penggunaan tapak pelupusan sedia ada.

"Hari ini permulaan dengan kedua-dua fasa telah dapat kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Kuala Selangor, hari ini juga kita telah bersama dengan Shanghai Electric Power Generation dan dia sekali gus dalam masa terdekat kita boleh memulakan projek ini,"katanya.

Tambah beliau, sebanyak enam pihak berkuasa tempatan, PBT bersetuju untuk menyerahkan sampah kepada Worldwide Holdings Berhad, WHB bagi proses WTE ini.

Enam PBT terlibat, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pecah tanah pembinaan WTE di Jeram, Kuala Selangor, hari ini.

Tapak Pelupusan Sanitari Jeram ini dibangunkan WHB dengan kerjasama Shanghai Electric Power Generation (M) Sdn Bhd.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu