fb fb fb fb fb

Tanggungan, pekerjaan individu diambil kira dalam penyaluran subsidi RON95

Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR, 18 November- Petunjuk kos sara hidup rakyat, termasuk tanggungan dan pekerjaan individu diambil kira dalam penyaluran subsidi RON95.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh memaklumkan indikator itu merangkumi statistik Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) dan Indeks Kos Sara Hidup (IKSH) yang dibangunkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

"Memang diambil kira semua perkara yang melibatkan perbelanjaan. Tapi berkenaan dengan RON95, sekiranya penyasaran subsidi itu berlaku kelak, tentu sekali ada impak kepada isi rumah yang menggunakan RON95 tersebut. 

"Maksudnya kalau ada dua kereta, kalau ada dua orang bekerja, isteri dan suami bekerja kalau ada anak sekolah yang kecil, yang pergi sekolah, belajar universiti, semua termasuk dalam perkiraan indikator kos sara hidup tersebut," jelas Fauziah.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Trainee