fb fb fb fb fb

Tangani obesiti secara serius,dasar literasi kesihatan kebangsaan bakal dilaksanakan

CHERAS, 25 Mac - Masalah obesiti di Malaysia kini berada pada tahap membimbangkan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata tinjauan Kesihatan Kemanusiaan Malaysia Kebangsaan menunjukkan kadar obesiti meningkat kepada 19.7 peratus, daripada 17 peratus pada tahun 2019.

Sebagai bukti keseriusan kerajaan menangani masalah tersebut, Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan bakal dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran mengenai penyakit obesiti.

(Datuk Dr Noor Azmi Ghazali ditemui selepas melancarkan Sambutan Minggu Obesiti Malaysia 2022 di Cheras)

"Seperti yang kita tahu agenda nasional Malaysia sihat akan melaksanakan dasar literasi kesihatan kebangsaan bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran untuk persiapan tentang penyakit tersebut.

"Jadi hari ini literasi kita hanya 30 peratus kita nak tingkatkan dengan memperkukuhkan agensi-agensi kita supaya memahami isu ini," katanya.

Datuk Dr Noor Azmi berkata demikian selepas melancarkan Sambutan Minggu Obesiti Malaysia 2022, di sini.

Media Baharu