fb fb fb fb fb

Tanah runtuh Taman Melawati: Penduduk belum dibenarkan pulang

FOTO MPAJ

Ampang, 16 Oktober - Penduduk di Jalan E6, Taman Melawati yang terkesan dengan insiden tanah runtuh yang berlaku semalam, belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sehingga kerja pembaikan cerun selesai.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Azam Ismail menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden tersebut.

Pada masa sama, beliau meminta agar pihak berkuasa diberikan ruang untuk melaksanakan kerja pembaikan.

Terdahulu, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) menyatakan tiada lagi pergerakan tanah dikesan di kawasan tanah runtuh.

Selain itu, pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) giat melaksanakan kerja laluan kepada mitigasi dan pembaikan cerun di Jalan G2 dan Jalan Serdang, Taman Melawati.

Tujuh daripada 11 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara bagi mencegah sebarang insiden yang mungkin berlaku.

BERITA BERKAITAN

Trainee2