fb fb fb fb fb

Tadika cipta rekod Jalur Gemilang dari tayar terpakai

Murid Tadika Mega Genius mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan ciptaan Jalur Gemilang terpanjang menggunakan tayar motosikal terpakai /Foto RTM

ISKANDAR PUTERI, 26 Ogos-Replika Jalur Gemilang bersaiz berukuran 21.93 meter panjang dan 7.61 meter lebar dicipta murid Tadika Mega Genius menggunakan tayar motosikal terpakai sempena Hari Kemerdekaan ke-67 berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) hari ini.

Pengetua Tadika Mega Genius, R Mohanambal berkata sebanyak 560 tayar motosikal digunakan bagi menghasilkan replika berkenaan.

Kejayaan itu sekali gus menjadikannya sebagai replika Jalur Gemilang terbesar di negara ini diperbuat daripada tayar motosikal.

Ini merupakan rekod MBOR kedua dicatatkan oleh tadika berkenaan.

Tahun lalu, tadika berkenaan turut mencipta rekod apabila berjaya menghasilkan replika Jalur Gemilang terbesar menggunakan bekas papan telur bersaiz sebesar 23 meter panjang dan 8.5 meter lebar .

Replika berkenaan menggunakan sebanyak 2,128 keping bekas telur dan mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk disiapkan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD