fb fb fb fb fb

Tabung Bencana Pertanian RM50 juta bantu petani, nelayan terjejas banjir

Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu menyampaikan sumbangan pada Majlis Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024 yang diadakan di RTC Fama, Tunjung, Kota Bharu, Kelantan/FOTO Facebook Mohamad Sabu

KOTA BHARU, 9 Januari - Sebanyak RM50 juta diperuntukan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Tabung Bencana Pertanian bagi membantu petani, perternak, peladang dan nelayan yang terjejas banjir baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata bantuan itu akan memberikan pampasan sehingga 50 peratus daripada nilai kerugian yang di tanggung petani.
 
Pada masa sama, katanya Agrobank turut menyediakan kemudahan pinjaman kepada pengusaha agromakanan sehingga RM430 juta selain memberikan moratorium sehingga enam bulan kepada peminjam sedia ada yang terjejas banjir.

"Berdasarkan laporan KPKM Kelantan, laporan awal kerugian yang dialami sektor agromakanan di negeri Kelantan sebanyak RM20.3 juta membabitkan seramai 1,875 orang.

"Ia membabitkan 10 daerah di negeri itu yang terjejas banjir termasuk Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok, Tanah Merah, Machang dan Jeli.

"Daripada jumlah kerugian sektor agro makanan di Kelantan, sebanyak RM11 juta membabitkan tanaman padi," pada sidang media selepas Majlis Agro Madani Kelantan, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, selaras dengan konsep Keterjaminan Makanan Tanggungjawab Bersama, program pengukuhan keterjaminan makanan, ia bukanlah tanggungjawab KPKM semata-mata sebaliknya ia membabitkan peranan semua pihak.
 
Menerusi Belanjawan 2024, sejumlah RM400 juta disediakan bagi pelaksanaan pelbagai inisiatif khusus dengan memberikan penekanan dan meningkatkan pengeluaran domestik dan kadar sara diri komoditi makanan utama.

GRACE AISYAH KEDAYAN