fb fb fb fb fb

Syarikat anjur program integriti, antirasuah bersama SPRM dapat potongan cukai

KOTA BHARU, 15 Ogos- Syarikat berdaftar yang menganjurkan program integriti dan antirasuah bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berpeluang menikmati potongan cukai.

Timbalan Pengarah Outreach, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Ab Muneim Ibrahim berkata, potongan sebanyak 100 peratus itu bergantung kepada perbelanjaan terlibat bersesuaian Seksyen 34 (6) (h) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Insentif pengecualian cukai yang diperkenal sejak 2021 itu bertujuan menggalakkan lebih banyak syarikat bekerjasama dengan SPRM bagi melaksanakan program pencegahan dan pendidikan rasuah.

"Mesti ada SPRM melibatkan program antirasuah, yang terlibat daripada institusi pengajian tinggi, murid-murid, masyarakat. Jadi sekiranya melaksanakan program seperti boleh menikmati potongan cukai dengan syarat sebelum program diadakan, syarikat atau pun jabatan hendaklah berjumpa dengan kalau di negeri dengan SPRM negeri kalau di ibu pejabat berjumpa bahagian pendidikan masyarakat, bahagian cawangan agensi swasta untuk meminta kebenaran", katanya.


(Timbalan Pengarah Outreach, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Ab Muneim Ibrahim)

Beliau berkata demikian dalam sidang media program Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sempena Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara kali ke-65 peringkat Konsortium E-Mutiara Berhad di, Panji, Kota Bharu.

Syarikat tersebut merupakan syarikat perkhidmatan bas ekspres bumiputerapertama di negara ini mengambil inisiatif menandatangi IBR bersama SPRM.

Seramai 85 orang dari syarikat tersebut yang terdiri daripada pengurusan tertinggi, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan yang diketuai Pengerusinya Che Ibrahim Che Ismail, melafazkan
IBR sebagai tanda komitmen menjunjung tanggungjawab dan akauntabiliti menjauhi jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

Mengulas lanjut, Ab Muneim berkata, program berkait integriti dan antirasuah itu mesti dijalankan dengan kerjasama SPRM sama ada di peringkat ibu pejabat atau negeri melalui dua kaedah iaitu sama ada aktiviti pendidikan secara bersemuka atau dalam talian.

Media Baharu