fb fb fb fb fb

Sumber pendapatan kedua ringankan beban kenaikan kos sara hidup

KUALA LUMPUR, 8 Februari- Kenaikan harga barang dan kos sara hidup akan terus menjadi cabaran sepanjang tahun 2023.

Situasi ini menyebabkan rakyat perlu mencari sumber pendapatan kedua sama ada daripada sumber perniagaan atau pelaburan.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Sr. Dr. Norngainy Mohd Tawil berkata rakyat Malaysia perlu mencari peluang menambah pendapatan melalui perniagaan atau program pelaburan.

"Tambahkan pendapatan kita, jangan biarkan diri terperangkap dengan pendapatan sedia ada sahaja dan kita boleh berjimat, ubah gaya hidup semua tetapi kenapa kita tidak mengambil peluang di luar sana. Ada banyak sangat program 'affiliate', TikTok, Shopee. Cari peluang untuk tambah pendapatan, jangan kedekut dengan masa kita 24 jam itu.

"Jadi kita tambah pendapatan, kalau pandai buat kuih buat kuih kerana ada permintaan, sentiasa akan ada. Boleh berjimat tapi tambah pendapatan," kata Norngainy ketika ditemu bual selepas menjadi tetamu rancangan terbitan RTM di Angkasapuri.

Sumber pendapatan kedua bukan saja membantu meraih pendapatan tambahan malah menjana ekonomi Malaysia menjadi lebih mampan.

(Prof. Madya Sr. Dr. Norngainy berkata sumber pendapatan kedua ringankan beban kenaikan kos
sara hidup)

Media Baharu