fb fb fb fb fb

Kertas putih kes Batu Puteh akan dibentang di Parlimen

PUTRJAYA, 8 Februari- Kertas putih mengenai keputusan serta langkah yang perlu diambil berhubung kes Batu Puteh akan dibentang di Parlimen untuk tindakan selanjutnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said akan menyediakan kertas putih mengenainya.

"Kehilangan wilayah dimana-mana negara juga adalah satu masalah besar.

"Saya telah jelaskan telah menjelaskan kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong bahawa keputusan dibuat Malaysia tidak akan menjejaskan hubungan baik dua hala, ia tidak menjejaskan hubungan baik dua hala atau kedudukan status Batu Puteh sekarang sudahpun menjadi milik Singapura mengikut keputusan International Court of Justice (ICJ).

“Tindakan kelemahan yang melanggar proses itu terpaksa diangkat, sebab itu Jemaah Menteri bincang panjang tentang langkah-langkah yang harus diambil dan keputusannya atas kebijaksanaan Parlimen,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini.

Memetik laporan Bernama, Pada 27 Januari lepas, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun berkata tindakan menarik balik dua permohonan semakan terhadap keputusan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan adalah tidak teratur dan tidak wajar.

 
(Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat
Kabinet di Putrajaya)

Pada 3 Februari 2017, kerajaan Malaysia telah memfailkan permohonan bagi semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2008 yang memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Batu Puteh manakala Malaysia mempunyai hak kedaulatan terhadap Terumbu Karang Tengah. 

Bagaimanapun pada 2018, kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan semakan tersebut sebelum kes itu dijadualkan didengar pada 11 Jun 2018 di ICJ.

Pada 14 Disember lepas, Anwar mahu isu tuntutan Batu Puteh dikaji semula supaya rundingan segera dan lebih bermakna dapat diadakan dengan Singapura.

Media Baharu