fb fb fb fb fb

Imbangi pendidikan dalam kelas dengan aktiviti luar

KANGAR, 8 Februari - Kejayaan akademik seseorang pelajar memerlukan kerjasama semua pihak baik guru, ibu bapa mahupun masyarakat sekeliling.

Mereka boleh menjadi sumber motivasi yang merangsang kejayaan pelajar pada masa hadapan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling, di sebalik kecanggihan teknologi, pelajar memerlukan bimbingan agar berada di landasan benar untuk mencapai impian.

Katanya ilmu pengetahuan perlu disemai sejak kecil dan tanggungjawab itu perlu dipikul semua pihak.

Selain pendidikan dalam kelas, pelajar juga perlu pendedahan aktiviti luar kelas termasuklah ko-kurikulum demi meningkatkan kemahiran mereka menghadapi dunia luar yang kian mencabar saban hari.

Gan berkata demikian dalam Program Hari Anugerah Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Seri Perlis di sini.

(Gan berkata pelajar perlu imbangi pendidikan dalam kelas dengan aktiviti luar)

Media Baharu