fb fb fb fb fb

Penjawat awam direman tujuh hari berhubung siasatan rasuah

FOTO BERNAMA

TEMERLOH, 8 Februari- Seorang Penolong Pegawai Perubatan di sebuah hospital di Temerloh, Pahang direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan berjumlah RM17,859.

Ia sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital terbabit daripada ejen-ejen pengurus jenazah yang berkenaan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamed Shah Reza Noot Azman mengikut peruntukan Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Lelaki terbabit yang berusia 57 tahun yang bertugas di Unit Perubatan Forensik telah ditahan di Pejabat SPRM Temerloh, semalam.

Berdasarkan rekod, suspek disyaki telah menerima suapan sebanyak RM17,859 sekitar tahun 2021 hingga 2022.

Beliau ditahan reman sehingga 14 Februari ini.


(Foto Hiasan)

Media Baharu