Sumbangan mendiang terhadap isu alam sekitar terus dikenang – PM

FOTO FACEBOOK PERDANA MENTERI

KUALA LUMPUR, 6 April – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas wartawan penyiaran terkenal, Datuk Karam Singh Walia yang meninggal dunia hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mendiang amat dihormati sepanjang penglibatannya dalam dunia kewartawanan penyiaran.
  • Dedikasinya meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu alam sekitar akan terus dikenang.
  • Semoga mendiang disemadikan dengan aman dan keluarga diberikan ketabahan menghadapi saat sukar ini.

Menerusi hantaran di laman facebooknya, Perdana Menteri menyifatkan mendiang sebagai seorang wartawan penyiaran yang amat dihormati sepanjang penglibatannya dalam dunia kewartawanan tanah air.

Beliau berkata sumbangan dan dedikasi mendiang, terutamanya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu alam sekitar, akan sentiasa dikenang.

“Sumbangan dan dedikasi mendiang dalam dunia kewartawanan, khususnya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu alam sekitar, akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

“Moga mendiang disemadikan dengan aman, dan keluarga diberi ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi saat yang sukar ini,” katanya menerusi facebooknya.

Mendiang yang dilahirkan pada tahun 1959, menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun.