SHAH ALAM, 2 Oktober - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor Kelas Pertama kepada Cik Afzaa Fadini Abdul Aziz, yang membawa gelaran Datin Paduka Seri.
Pengurniaan itu berlangsung sejurus selepas upacara akad nikah di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, pagi tadi.
Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, istiadat itu dijalankan dengan penuh adat istana.
Tepat pukul 10.05 pagi, sebelas das tembakan dilepaskan di perkarangan istana sebagai tanda rasmi berlangsungnya Istiadat Pernikahan Diraja itu.
Terdahulu, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat dengan menaiki kereta rasmi Rolls Royce menuju Masjid Istana Diraja bagi istiadat akad nikah yang diadakan secara tertutup.
Istiadat Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja dijadual berlangsung pada 22 Oktober ini di Balairung Seri serta Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah.