fb fb fb fb fb

Sultan Selangor berkenan rasmikan Masjid Taman Alam Jaya

KUALA SELANGOR, 9 April- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan  Masjid Taman Alam Jaya di Puncak Alam, Kuala Selangor, bersempena program berbuka puasa bersama rakyat. 

Bangunan setingkat yang mampu menampung kira-kira 2,000 jemaah dalam satu-satu masa itu menelan belanja RM10.396 juta.

Masjid berkenaan yang didirikan di atas tanah tanah seluas 2.09 ekar siap pada Februari 2020 selepas dua tahun proses pembinaan berjalan.

Di majlis itu juga  baginda berkenaan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada empat buah syarikat berjumlah RM6.2  juta bagi pembayaran tahun 2022.

Syarikat berkenaan ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, Jakel Trading Sdn.Bhd. dan Lembaga Juruukur Tanah Malaysia. 

Selain itu baginda turut berkenaan  menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada  544 asnaf fakir, miskin dan mualaf dengan jumlah agihan sebanyak RM272,000. 

Di majlis itu, baginda diiringi Tengku  Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

(Sultan Selangor berkenan rasmikan Masjid Taman Alam Jaya)

Media Baharu