fb fb fb fb fb

SIC 2025 pacu ekosistem inovasi Malaysia

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 25 September - Lebih 250 penyertaan diterima untuk menyertai menyertai Swiss Innovation Challenge (SIC) Malaysia 2025 dengan kerjasama global oleh University of Applied Sciences and Arts Northwestern Switzerland (FHNW).

Penyertaan tersebut membabitkan universiti awam dan swasta, syarikat pemula serta inovator bebas dari seluruh negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, program itu merupakan salah satu peluang mencungkil bakat dan juga platfom melalui bimbingan, pemadanan industri serta pendedahan pasaran antarabangsa.

Program tersebut dijalankan dalam tiga fasa iaitu Idea, Pembangunan dan Potensi Pengkomersialan yang menawarkan bimbingan, latihan keusahawanan serta pendedahan industri kepada peserta sepanjang proses pertandingan.

“Apabila kita menoleh ke hadapan, saya menyeru semua pihak berkepentingan – daripada MOSTI dan KUSKOP, ke MOHE dan Kementerian Ekonomi – untuk terus menyokong inisiatif seperti SIC. Bersama-sama, kita mesti mewujudkan pendekatan seluruh negara (whole-of-nation approach) terhadap inovasi, di mana kerajaan, industri, akademia, dan rakyat bergerak seiring menuju visi bersama.

“Inilah caranya kita akan meletakkan Malaysia bukan sekadar sebagai peserta, tetapi sebagai peneraju global dalam inovasi dan teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

SIC juga selari dengan Dasar Inovasi Negara dan komitmen kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 yang menjadikan inovasi sebagai teras pembangunan inklusif dan lestari.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID