fb fb fb fb fb

Sultan Perak rasmi Masjid Al-Ikhwan

(FOTO RTM)

TANJUNG MALIM, 29 Mac-Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Masjid Al-Ikhwan Taman Bernam Baru di Tanjung Malim semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Mufti Perak, Datuk Dr Wan Zahidi Wan Teh.

Terdahulu, Sultan Nazrin berkenan menanam pokok sebagai simbolik perasmian sebelum menghadiri majlis berbuka dan menunaikan solat berjemaah di masjid berkenaan.

Masjid Al-Ikhwan mula dibina pada 13 Disember 2016 dan siap sepenuhnya pada Oktober 2020, dengan kos RM6.6 juta.

Masjid yang mempunyai ruang solat dengan kapasiti 1,500 jemaah itu turut menyediakan kemudahan parkir berbumbung, kemudahan internet dan peralatan rakaman siaran langsung berkualiti definisi tinggi (HD).


(Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah/FOTO RTM)

Media Baharu